Halaman

3 Ciri-Ciri PemimpinYang Disayangi

1. MENGULAS PERKARA YANG DIA BENAR-BENAR TAHU
Ketua yang bijaksana hanya akan mengulas terhadap perkara yang dia benar-benar tahu. Dia akan berusaha untuk mengetahui isu sebenar perkara tersebut dengan menyelidik dan bertanya daripada sumber yang benar-benar boleh dipercayai. Dalam sesi ucapan, dia tidak akan mengulas kelemahan orang-orang berkaitan di hadapan masyarakat yang mendengar ucapan, kerana dia tahu bahawa sekiranya apa yang diulas itu adalah salah atau tidak ada kepastian tentang kebenarannya, masyarakat yang mendengar akan melihat dia adalah ketua yang lemah dan tidak mempunyai maklumat dan pengetahuan yang luas.

2. MEMPUNYAI IDEA SEGAR DAN BARU-

Ketua yang disenangi masyarakat adalah seseorang yang mempunyai idea, pemikiran dan pandangan yang lebih ke hadapan. Dia tidak akan menyebut perkara yang sama dalam setiap kali sesi bersama masyarakat. Dia akan sentiasa memberikan idea yang sangat logik dan selalu memikirkan kemajuan masyarakat. Dia juga sering memberikan kata-kata semangat kepada masyarakat agar lebih kuat berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Dia juga tidak akan sekali-kali memberikan idea yang "teruk" sehingga menyebabkan masyarakat terfikir bahawa dia tidak patut sebenarnya menjadi seorang ketua.

3. ADA VISI DAN MISI YANG JELAS-

Seseorang ketua yang akan disokong oleh masyarakat adalah ketua yang mempunyai visi dan misi yang sangat jelas. Masyarakat sekeliling biasanya menerima kepimpinan ketua sebegini. Sekiranya dia tidak lagi mengetuai sebarang organisasi, dia pasti tidak akan dilupakan, malah masyarakat yang pernah menjadi penyokong setianya tetap akan berpihak kepadanya kerana visi dan misi semasa kepimpinannya amat kuat dan masyarakat berasa kepimpinannya perlu untuk diteruskan.















CERAMAH PERDANA EHWAL ISLAM

| Rabu, 3 Mac 2010

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1431H Majlis Belia Negeri Perlis telah menganjurkan Ceramah Pedana Ehwal Islam Bertempat Di Dewan Syed Mahmood , Sek. Men Keb Derma Kangar Bertarikh 28hb Feb 2010 , Jam 9.00 malam . Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ybhg Ustaz Bashir Aziz dari Universiti Utara Malaysia 

MESYUARAT EXCO MBNPs

|

Majlis Belia Negeri Perlis telah mengadakan mesyuarat EXCO kali 1 pada 7hb Feb 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat MBNPs pada jam 10.00 pagi. Pada mesyuarat tersebut sebanyak 10 biro telah diwujudkan bagi memantapkan perjalanan MBNPs. Mesyuarat berkenaan juga dihadiri bersama oleh Ybhg Tn Hj Halim Bahari Mewakili Jab Belia Dan Sukan Negeri Perlis selaku EX-OFFICIO MBNPs 

PERTEMUAN BERSAMA EXCO MAJLIS BELIA MALAYSIA

|

Satu pertemuan ringkas telah diadakan antara EXCO MBNPs dengan Saudara Ahmad Saparupin Naib Presiden ABIM yang juga EXCO Majlis Belia Malaysia pada 12hb Feb 2010 bertempat di Pejabat Majlis Belia Negeri Perlis pada jam 5.00 ptg , Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Setiausaha Agung PKPIM

Senarai Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Negeri Perlis 2010-2012

Yang Dipertua
Sdra Saiful Munir Bin Bidin

Timbalan Yang Dipertua 1
Sdra Zamzuri Anuar Bin Zakaria

Timbalan Yang Dipertua 2
Sdra Azizan Bakar

Naib Yang Dipertua 1
Sdra Faizal Efendy Mat Ali

Naib Yang Dipertua 2
Sdra Mohd Safrizul Baha Abar Bakar

Naib YangDipertua 3
Sdri Haslinda Binti Ahmad

Setiusaha
Sdra Mohd Najid Omar

Penolong Setiausaha
Sdra Mohd Firdaus Bin Yusof

Bendahari
Sdra Wan Ahmad Sobri Bin Yusof

Ahli Jawatankuasa

1) Sdra Dzhaiharuzi Bin Dahman
2) Sdri Hidayah Hamidon
3) Sdra Izzul Safwan Kamal
4) Sdri Rozlinda Abd Rahman
5) Sdra K. Uthaya Kumar
6) Sdra Ng Soo Eng
7) Sdra Chan Sain Lee
8) Sdra Mohd Rizam Azizan
9) Sdra Osmerazi Osman
10)Sdra Wan Abdul Rahman Bin Abdullah