Halaman

3 Ciri-Ciri PemimpinYang Disayangi

1. MENGULAS PERKARA YANG DIA BENAR-BENAR TAHU
Ketua yang bijaksana hanya akan mengulas terhadap perkara yang dia benar-benar tahu. Dia akan berusaha untuk mengetahui isu sebenar perkara tersebut dengan menyelidik dan bertanya daripada sumber yang benar-benar boleh dipercayai. Dalam sesi ucapan, dia tidak akan mengulas kelemahan orang-orang berkaitan di hadapan masyarakat yang mendengar ucapan, kerana dia tahu bahawa sekiranya apa yang diulas itu adalah salah atau tidak ada kepastian tentang kebenarannya, masyarakat yang mendengar akan melihat dia adalah ketua yang lemah dan tidak mempunyai maklumat dan pengetahuan yang luas.

2. MEMPUNYAI IDEA SEGAR DAN BARU-

Ketua yang disenangi masyarakat adalah seseorang yang mempunyai idea, pemikiran dan pandangan yang lebih ke hadapan. Dia tidak akan menyebut perkara yang sama dalam setiap kali sesi bersama masyarakat. Dia akan sentiasa memberikan idea yang sangat logik dan selalu memikirkan kemajuan masyarakat. Dia juga sering memberikan kata-kata semangat kepada masyarakat agar lebih kuat berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Dia juga tidak akan sekali-kali memberikan idea yang "teruk" sehingga menyebabkan masyarakat terfikir bahawa dia tidak patut sebenarnya menjadi seorang ketua.

3. ADA VISI DAN MISI YANG JELAS-

Seseorang ketua yang akan disokong oleh masyarakat adalah ketua yang mempunyai visi dan misi yang sangat jelas. Masyarakat sekeliling biasanya menerima kepimpinan ketua sebegini. Sekiranya dia tidak lagi mengetuai sebarang organisasi, dia pasti tidak akan dilupakan, malah masyarakat yang pernah menjadi penyokong setianya tetap akan berpihak kepadanya kerana visi dan misi semasa kepimpinannya amat kuat dan masyarakat berasa kepimpinannya perlu untuk diteruskan.















BENGKEL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN

| Khamis, 18 Februari 2010

Majlis Belia Negeri  Perlis telah mengadakan bengkel Pengurusan dan Pentadbiran di Eagle Park Resort Sungai Batu Pahat pada 19 dan 20 Feb 2010. Bengkel ini bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai peranan serta tanggungjawab EXCO MBN , ini memandangkan hampir separuh daripada EXCO MBNPs adalah terdiri daripada muka baru , banyak input serta ilmu yang berguna yang diperolehi dari bengkel ini dan ianya dapat digunakan dalam mentadbir MBN Perlis secara lebih cekap dan dinamik . Majlis penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh YBhg Tn Hj Halim Bahari : Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Turut hadir pada Bengkel ini adalah YBhg Saudara Mohd Syukor bin Yusof : Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia






Senarai Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Negeri Perlis 2010-2012

Yang Dipertua
Sdra Saiful Munir Bin Bidin

Timbalan Yang Dipertua 1
Sdra Zamzuri Anuar Bin Zakaria

Timbalan Yang Dipertua 2
Sdra Azizan Bakar

Naib Yang Dipertua 1
Sdra Faizal Efendy Mat Ali

Naib Yang Dipertua 2
Sdra Mohd Safrizul Baha Abar Bakar

Naib YangDipertua 3
Sdri Haslinda Binti Ahmad

Setiusaha
Sdra Mohd Najid Omar

Penolong Setiausaha
Sdra Mohd Firdaus Bin Yusof

Bendahari
Sdra Wan Ahmad Sobri Bin Yusof

Ahli Jawatankuasa

1) Sdra Dzhaiharuzi Bin Dahman
2) Sdri Hidayah Hamidon
3) Sdra Izzul Safwan Kamal
4) Sdri Rozlinda Abd Rahman
5) Sdra K. Uthaya Kumar
6) Sdra Ng Soo Eng
7) Sdra Chan Sain Lee
8) Sdra Mohd Rizam Azizan
9) Sdra Osmerazi Osman
10)Sdra Wan Abdul Rahman Bin Abdullah