Halaman
1. MENGULAS PERKARA YANG DIA BENAR-BENAR TAHU
Ketua yang bijaksana hanya akan mengulas terhadap perkara yang dia benar-benar tahu. Dia akan berusaha untuk mengetahui isu sebenar perkara tersebut dengan menyelidik dan bertanya daripada sumber yang benar-benar boleh dipercayai. Dalam sesi ucapan, dia tidak akan mengulas kelemahan orang-orang berkaitan di hadapan masyarakat yang mendengar ucapan, kerana dia tahu bahawa sekiranya apa yang diulas itu adalah salah atau tidak ada kepastian tentang kebenarannya, masyarakat yang mendengar akan melihat dia adalah ketua yang lemah dan tidak mempunyai maklumat dan pengetahuan yang luas.
2. MEMPUNYAI IDEA SEGAR DAN BARU-
Ketua yang disenangi masyarakat adalah seseorang yang mempunyai idea, pemikiran dan pandangan yang lebih ke hadapan. Dia tidak akan menyebut perkara yang sama dalam setiap kali sesi bersama masyarakat. Dia akan sentiasa memberikan idea yang sangat logik dan selalu memikirkan kemajuan masyarakat. Dia juga sering memberikan kata-kata semangat kepada masyarakat agar lebih kuat berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Dia juga tidak akan sekali-kali memberikan idea yang "teruk" sehingga menyebabkan masyarakat terfikir bahawa dia tidak patut sebenarnya menjadi seorang ketua.
3. ADA VISI DAN MISI YANG JELAS-
Seseorang ketua yang akan disokong oleh masyarakat adalah ketua yang mempunyai visi dan misi yang sangat jelas. Masyarakat sekeliling biasanya menerima kepimpinan ketua sebegini. Sekiranya dia tidak lagi mengetuai sebarang organisasi, dia pasti tidak akan dilupakan, malah masyarakat yang pernah menjadi penyokong setianya tetap akan berpihak kepadanya kerana visi dan misi semasa kepimpinannya amat kuat dan masyarakat berasa kepimpinannya perlu untuk diteruskan.
Kunjungan Hormat EXCO MBNPs Ke Pengarah JBSPs
| Jumaat, 16 April 2010
CERAMAH PERDANA EHWAL ISLAM
| Rabu, 3 Mac 2010
MESYUARAT EXCO MBNPs
|
PERTEMUAN BERSAMA EXCO MAJLIS BELIA MALAYSIA
|
BENGKEL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
| Khamis, 18 Februari 2010
Majlis Belia Negeri Perlis telah mengadakan bengkel Pengurusan dan Pentadbiran di Eagle Park Resort Sungai Batu Pahat pada 19 dan 20 Feb 2010. Bengkel ini bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai peranan serta tanggungjawab EXCO MBN , ini memandangkan hampir separuh daripada EXCO MBNPs adalah terdiri daripada muka baru , banyak input serta ilmu yang berguna yang diperolehi dari bengkel ini dan ianya dapat digunakan dalam mentadbir MBN Perlis secara lebih cekap dan dinamik . Majlis penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh YBhg Tn Hj Halim Bahari : Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Turut hadir pada Bengkel ini adalah YBhg Saudara Mohd Syukor bin Yusof : Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia
Konvoi Bermotosikal dari Kangar ke Tasoh Lake Resort
| Selasa, 19 Januari 2010
Kangar - Seramai 100 peserta dan melibatkan 60 buah motosikal telah turut serta untuk menyambut Ekspedisi 1 Belia 1 Malaysia yang tiba di negeri perlis.Para peserta yang terlibat merupakan gabungan ahli-ahli pertubuhan belia di negeri perlis.Mereka berkumpul pada jam 3 petang di hadapan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis untuk menanti ketibaan konvoi Ekspedisi 1 Belia 1 Malaysia.Setelah Konvoi Ekspedisi tiba mereka bersama-sama berkonvoi dari Kangar Ke Tasoh Lake Resort melalui jalan Kangar-Padang Besar.
Konvoi Ekspedisi 1 Belia 1 Malaysia
|
KUALA LUMPUR 28 Dis. - Sebanyak 30 kereta yang melibatkan 80 peserta terdiri daripada golongan belia dari seluruh negara menyertai Ekspedisi 1Belia 1Malaysia selama enam hari bermula hari ini.
Ekspedisi anjuran Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Belia Malaysia (MBM) itu yang melibatkan 10 negeri bermula di Hotel Palace Of The Golden Horses di Seri Kembangan di sini dan akan berakhir di Lenggong, Perak.
Ketua Ekspedisi, Hasmadi Md. Yatim berkata, program jelajah Malaysia bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan belia terhadap gagasan kerajaan ke arah melahirkan generasi belia yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
Katanya, setiap destinasi yang disinggahi turut diadakan pelbagai aktiviti bersama Majlis Belia Negeri di samping mempromosikan logo 1Belia 1Malaysia.
"Kita akan melaksanakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang ekspedisi itu seperti acara sukaneka, pengedaran cenderahati, risalah, pelekat dan poster berkaitan belia.
"Acara sambutan hanya diadakan di Semenanjung disebabkan faktor geografi menyukarkan kami ke Sabah dan Sarawak," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelepasan konvoi itu yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Sebelum itu, Ahmad Shabery mempengerusikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara 2009/2010 di hotel yang sama.
Menurut Hasmadi, antara objektif lain ekspedisi itu adalah memberi pendidikan dan maklumat berguna kepada golongan belia melalui program yang dijalankan dan meningkatkan kesedaran pentingnya perpaduan di kalangan belia negara ini.
"Diharapkan pendekatan dan pengisian yang digunakan ini dapat memberi makna kepada para peserta dan belia seluruh negara untuk menanam sifat jati diri, cinta pada negara dan bekerjasama ke arah melahirkan generasi muda 1Belia 1Malaysia," tambahnya.
Katanya, ekspedisi itu akan berakhir di Lenggong 2 Januari ini selepas singgah di berapa destinasi utama seperti Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka; Kemaman, Terengganu; Tanjung Malim, Perak dan Kangar, Perlis.
MESYUARAT PERHIMPUNAN AGONG TAHUNAN KALI 24 & 25
| Isnin, 18 Januari 2010
Majlis Belia Negeri Perlis telah mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan bagi kali ke 24 & 25 pada 23/01/2010 (sabtu) bertempat di Hotel Putra Palace Kangar. Pada mesyuarat kali ini sebanyak sebelas badan gabungan telah menghantar wakil masing-masing , MPAT ini juga menyaksikan Majlis Belia Felda Negeri Perlis telah diterima sebagai ahli gabungan MBNPs yang ke 12. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Mat Isa Bin Sabu Menteri Besar Perlis yang juga melancarkan Laman Blog MBNPs dan hadir bersama ialah Saudara Zaidi Aziz Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia.
Senarai Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Negeri Perlis 2010-2012
Sdra Saiful Munir Bin Bidin
Timbalan Yang Dipertua 1
Sdra Zamzuri Anuar Bin Zakaria
Timbalan Yang Dipertua 2
Sdra Azizan Bakar
Naib Yang Dipertua 1
Sdra Faizal Efendy Mat Ali
Naib Yang Dipertua 2
Sdra Mohd Safrizul Baha Abar Bakar
Naib YangDipertua 3
Sdri Haslinda Binti Ahmad
Setiusaha
Sdra Mohd Najid Omar
Penolong Setiausaha
Sdra Mohd Firdaus Bin Yusof
Bendahari
Sdra Wan Ahmad Sobri Bin Yusof
Ahli Jawatankuasa
1) Sdra Dzhaiharuzi Bin Dahman
2) Sdri Hidayah Hamidon
3) Sdra Izzul Safwan Kamal
4) Sdri Rozlinda Abd Rahman
5) Sdra K. Uthaya Kumar
6) Sdra Ng Soo Eng
7) Sdra Chan Sain Lee
8) Sdra Mohd Rizam Azizan
9) Sdra Osmerazi Osman
10)Sdra Wan Abdul Rahman Bin Abdullah